Ternakan Lebah Kelulut, Satu Pengenalan

Ternakan Lebah Kelulut

Ternakan Kelulut atau Stingless bee merupakan salah satu cabang keluarga Lebah  yang masih belum diusahakan secara komersil berbanding dengan Lebah Madu. Kepelbagai spesis yang banyak dan bersifat rare dalam satu-satu kawasan menyebabkan spesis ini mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan sekiranya kajian terperinci diberikan.

Ternakan Kelulut : Ciri-ciri Khas Kelulut

Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangat lebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.

Ternakan Kelulut : Fizikal Lebah Kelulut

Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk article ini.

Taburan Spesis Kelulut di Asia Tenggara

Di antara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya. Terdapat juga lebah kelulut di Australia dan Negara Amerika Selatan seperti Brazil. Untuk mengetahui lebih lanjut penternakan kelulut di Brazil, sila klik di sini. Manakala untuk mengetahui lebih lanjut penternakan kelulut di Australia, sila klik di sini

Ternakan Lebah Kelulut Kesimpulannya

Kelulut adalah salah satu serangga yang menghasilkan madu dan mempunyai potensi besar dalam menyumbang ekonomi negara. Bidang ternakan lebah kelulut ini  memerlukan modal yang rendah serta penyelenggaraan yang tidak sukar membolehkan semua orang menjayakannya. Walaubagaimanapun, penyelidikan sendiri amatlah diperlukan sebelum menceburi bidang ini kerana setiap bidang pertanian mempunyai risikoya yang tersendiri.

Untuk Mengetahui fakta mengenai Fakta Penternakan Kelulut sila rujuk article ini

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top