Resipi Mudah Madu kelulut dan Lemon

Resepi Madu Kelulut dan Lemon

Resipi madu kelulut dan lemon

Bagi para penggemar infuse water yang sentiasa mengamalkannya pada setiap pagi, saya ingin memperkenalkan satu formula mudah menggunakan Madu Kelulut dan Lemon. Satu resepi  minuman detox yang mudah menggunakan bahan-bahan yang sentiasa ada dalam peti sejuk pada setiap masa.  Tetapi minuman ini walaupun mudah ianya mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh anda. Resipi Mudah ini boleh menghasilkan minuman boleh dinikmati secara panas atau sejuk mengikut pilihan masing-masing tetapi ianya mempunyai khasiat yang sama.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci mengenai khasiat madu kelulut, sila klik disini.

Resipi Minuman Detox Beetoq

Kami memberikan resipi mudah untuk menghasilkan air minuman detox menggunakan madu kelulut dan lemon segar.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Satu cawan air hangat/suam
  • Satu sudu besar madu kelulut
  • Setengah biji perahan air lemon.

Cara Membuat minuman Detox Beetoq :

  • Taungkan air suam, madu kelulut dan perahan lemon dalam cawan.
  • Boleh ditambah dengan pudina untuk bau yang lebih segar.
  • Boleh ditambah dengan air batu sekiranya suka dengan air sejuk.
  • Boleh ditambah dengan madu kelulut lagi ikut citarasa.

Khasiat Air Detox Beetoq Madu Kelulut

Kami mencadangkan anda meminum Detox Beetoq  ini dalam keadaan perut kosong kerana memastikan system penghadaman kita dapat memproses semua khasiat air Detox Beetoq ini secara maksimum.

Anda juga boleh membuat minuman ini dengan air sejuk karena berfungsi sebagai minuman rendah kalori yang menyegarkan, terutama saat cuaca terik sehingga anda tetap terhidrasi. Selain itu, minuman ini juga digemari untuk anak-anak sekiranya ditambahkan sedikit kemanisannya.

Untuk menurunkan badan, cubalah meminumnya dalam keadaan perut kosong, kerana khaisat minuman ini boleh meningkatkan kadar metabolisme untuk mengurangi lemak yang tertimbun dan mengatur pergerakan usus.

Walaupun waktu terbaik untuk meminum air lemon dan madu di pagi hari, walaubagaimanapun anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja sama ada waktu makan tengah har yang akan menyebabkan proses pencernaan anda  menjadi lebih cepat dan mantap.

untuk memgetahui lebih detail mengenai khasiat lemon, sila layarai.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top