Propolis Kelulut

T. Apicalis Propolis

Apa itu Propolis Kelulut?

Propolis adalah antara bahan sebatian dihasilkan kelulut selain madu. Ianya diperolehi daripada pucuk tunas tumbuhan yang diambil Lebah pada waktu pagi. Daripada penyelidikan yang dibuat oleh Universiti terkemuka, propolis mengandungi bahan antibiotic yang akan berperanan untuk menjadi pelindung sarang dan koloni daripada serangan bakteria, virus dan kulat. Porpolis juga mempunyai semua jenis vitamin kecuali Vitamin K dan semua jenis mineral yang diperlukan oleh badan (kecuali Sulfur). Nama Propolis diambil daripada Bahasa Greek yang bermaksud “Pro” adalah Sarang dan “Polis” adalah Pelindung dan apabila digabungkan menjadi Pelindung Sarang.

 

Sumber Wikipedia pula memberikan makna berikut: Propolis or bee glue is a resinous mixture that honey bees produce by mixing saliva and beeswax with exudate gathered from tree buds, sap flows, or other botanical sources. It is used as a sealant for unwanted open spaces in the hive. Propolis is used for small gaps (approximately 6 millimeters (0.24 in) or less), while larger spaces are usually filled with beeswax. Its color varies depending on its botanical source, with dark brown as the most common. Propolis is sticky at and above 20 °C (68 °F), while at lower temperatures, it becomes hard and brittle.

untuk maklumat lanjut bolehlah klik di sini.

Fakta Propolis

Mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat propolis yang dikatakan mempunyai keupayaan menyembuh pelbagai penyakit.

  • Fakta 01

Propolis atau damar lebah adalah zat yang dihasilkan lebah apabila bahan itu dikumpulkan oleh serangga tersebut daripada pucuk daun-daun muda. Bahan itu kemudian dicampur enzim di dalam tubuh lebah bagi digunakan untuk menampal dan mensterilkan sarangnya.

  • Fakta 02

Propolis yang terhasil daripada damar tumbuhan dan campuran minyak essential, pollen dan rangkaian mineral, asid amino selain bioflavonoids bersifat anti bakteria bagi membunuh semua kuman yang masuk ke sarang lebah.

  • Fakta 03

Setitik propolis menyamai khasiat 500 biji oren dari segi kandungan flavonoids atau Vitamin P untuk melawan banyak penyakit dengan mengurangkan kesakitan. Hasil kaji selidik mendapati, propolis yang berperanan sebagai antibiotik juga tidak mempunyai kesan sampingan serta mengurangkan kepanasan.

 

Penternakkan Kelulut menghasilkan propolis

Penternakkan kelulut tidak akan menghasilkan madu kelulut semata, ia juga menghasilkan produk sampingan lain seperti propolis dan beebread. Propolis kelulut sekiranya telah diproses dan ditulinkan akan menghasilkan pendapatan yang berganda kepada para penternak. Ini kerana propolis mempunyai pelbagai khasiat dan boleh diapplikasikan dalam bidang kosmetik bagi penghasilan 1001 jenis produk lain.

Untuk mengetahui fakta penternakan kelulut bolehlah klik di sini.

 

 

 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top