Khasiat madu kelulut probiotik unggul dan semulajadi

Madu Kelulut Khasiat Tinggi

Khasiat madu kelulut tinggi Probiotic berbanding minuman berkultur

Tahukah anda bahawa khasiat madu kelulut amat meluas sekiranya dimakan sebagai makanan supplement  yang berkhasiat. Semua sedia maklum bahawa madu kelulut boleh membantu melancarkan proses penghadaman atau pencernaan dalam usus kita. Tetapi adakah kita sedia maklum bagaimanakah proses ini boleh berlaku? Apa yang menyebabkan proses pencernaan kita menjadi semakin baik didalam usus?

Penemuan mikrob Bacillus sp

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu kelulut mempunyai mirob bacillus sp yang banyak. Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan Berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut. Kesimpulannya kajian ini mendapati ke semua bakteria yang dikenalpasti datangnya daripada tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae. Manakala kajian terkini yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah Berjaya menencilkan dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Bagaimanakah Bakteria ini boleh ada dalam madu?

Madu merupakan produk semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan. Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka. Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya. Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi. Namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Khasiat Madu kelulut sebagai Probiotic terbaik?

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Maklumat lanjut sila klik.

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji university tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik lactobacilius sp yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran. Minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja dan  mengandungi gula yang tinggi untuk menjadikannya manis. Berbanding dengan Madu Kelulut, ianya sangat berkhasiat tinggi kerana mengandungi sehingga 56 lactobacillus sp yang sangat baik terhadap sistem pencernaan kita. Madu kelulut juga mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga 60%. Madu kelulut dihasilkan secara semula jadi oleh kelulut manakala minuman berkultur dihasilkan menerusi proses pemeraman. Untuk mengetahui mengenai Probiotic, sila klik sini.

Khasiat madu kelulut – Sumber Probiotik Unggul

  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
  • Meningkatkan fungsi penghadaman
  • Meningkatkan penyerapan galian
  • Menghasilkan vitamin yang diperlukan badan
  • Melegakan Cirit Birit
  • Menguatkan Sistem Badan

Jadi apa tunggu lagi. Mulalah tukarkan minuman berkultur anak anda yang tinggi gula kepada minuman berkultur semula jadi, Madu Kelulut. Untuk membeli madu kelulut kami, sila layari.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top