Madu Kelulut Dengan Khasiat Bawang Putih

Madu Kelulut dan Bawang Putih

Madu Kelulut + Bawang Putih

Madu Kelulut digabung dengan Bawang Putih?

Kali ini saya akan membawakan Siri Khasiat-khasiat Madu Kelulut yang boleh dimakan begitu sahaja ataupun diolah dengan produk-produk lain. Khasiat madu kelulut semua sudah maklum, tetapi sekiranya ia dicampurkan dengan produk superfood yang lain, nilai khasiatnya akan menjadi berlipat kali ganda. Pada kali ini saya ingin memperkenalkan penggunaan Bawang Putih.  Kenapa bawang putih?

Khasiat Bawang Putih

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Cara Penggunaan

Bawang putih sememangnya digunapakai oleh kita pada sebilangan masa dalam masakan. Tetapi pada kali ini kita akan membawakan satu resipi yang memberikan khasiat Bawang Putih berlipat kali ganda kepada badan kita. Resepinya amat mudah.

Resepi Ubat Jantung BEETOQ

Bahan-bahan:

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 200g Beetoq Madu Kelulut.

Cara menyediakan

  • 3 ulas bawang putih tu di cincang halus dan dimasukan dalam botol bersih.
  • Masukan 200g Beetoq Madu Kelulut dalam botol yang berisi Bawang Putih Cincang tadi.
  • Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk. Simpan 24jam sebelum boleh digunakan.
  • Tambah bawang putih sekiranya tidak mencukupi

Cara Pemakanan Madu Kelulut + Bawang Putih

Ambil satu sudu madu + bawang putih tadi, kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong. InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan. Disarankan pengambilan resepi ini pada sebelah pagi dan sebelum tidur.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

  • Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
  • Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
  • Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal.
  • Merawat masalah cirit birit.
  • Buang toksik dalam badan.
  • Menambahkan daya ketahanan badan.
  • Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis.
  • Mencegah penyakit kanser.
  • Mengurangkan sakit arthritis.
  • Boleh menurunkan berat badan.

Penggunaan madu kelulut secara konsisten juga boleh menyelesaikan masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan. Sila rujuk kepada doktor sekiranya simptom anda berterusan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk artikel ini. Anda juga boleh membaca artikle bagaimana bawang putih boleh mengurangkan risiko mengalami kanser payudara bagi wanita.

Kesimpulannya

Terlalu banyak khasiat madu kelulut kepada kelestarian kesihatan kita dan keluarga tersayang. Dengan menggabungkan dua bahan istimewa ini, iaitu madu kelulut dan bawang putih kita berjaya menghasilkan ramuan perubatan yang terbaik untuk masalah jantung. Mendapatkan bawang putih adalah mudah tetapi jika anda perlukan madu kelulut kami menjemput anda dapatkan produk madu kelulut kami yang asli dan organik ini.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top