Jenis kelulut yang sesuai diternak

Sarang H.itama Jenis Kelulut sesuai diternak

Jenis kelulut yang sesuai diternak

Berdasarkan 12 Genus besar kelulut yang terdapat di Malaysia, pengkaji-pengkaji di Mardi dan RISDA hanya menetapkan hanya beberapa jenis kelulut yang sesuai diternak secara komersial. Pemilihan jenis kelulut ini berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti berikut:-

  • Bilangan populasi yang banyak di hutan membolehkan bekalan koloni diperolehi secara murah dan konsisten.
  • Kelulut jenis ini memerlukan sumber makanan dan resin yang mudah dengan taburan pokok yang terdapat di semua tempat di Malaysia.
  • Kelulut jenis ini menghasilkan madu dengan banyak.

Jenis-jenis kelulut yang sesuai diternak

  • H. itama (MARDI & RISDA)
  • G. thoracica (MARDI & RISDA)
  • L. terminata (RISDA)

Walaubagaimanapun, H. itama adalah spesis yang paling sesuai diternak secara komersial berbanding G. thoracica dan L. terminata kerana harga koloni yang masih murah serta penghasilan madu yang maksimum. Koloni amat robust kerana mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran baru disamping  kawasan foraging( mencari makanan) yang luas. Spesis ini juga mudah mempelbagaikan sumber keperluannya seperti Nektar, Pollen dan Resin.

Untuk makluman semua pembaca, harga koloni G. thoracica amat mahal kerana sukar diperolehi dan  kebanyakan log  di mana koloni ini bersarang adalah besar dan berat. Faktor ini akan menyebabkan modal permulaan untuk memulakan penternakan kelulut spesis ini secara besar-besaran adalah amat tidak berbaloi. Koloni ini juga tidak boleh diternak dengan banyak dalam satu-satu kawasan kerana persaingan sumber akan berlaku. Saiz lebah ini adalah yang terbesar menyebabkan kawasan foraging luas. Kelulut jenis ini akan menghasilkan madu yang sangat banyak pada masa puncak.

Spesis L. terminata dan sp Lepido yang lain antara spesis kelulut yang kurang diambil perhatian penternak di Malaysia tetapi telah diternak secara komersil di Thailand dan Indonesia. Harga koloni ini amat murah dipasaran kerana tumpuan yang banyak diberikan kepada spesis H. itama dan G. thoracica.  Kelulut jenis ini akan menghasilkan madu yang sangat manis dan tidak masam. Koloni ini mudah swarming dan koloni baru yang terhasil akan mengambilalih kotak-kotak perangkap yang disediakan.

Untuk mengetahui video penerangan mengenai teknologi kelulut boleh layari laman ini.

Ingin memulakan penternakan kelulut?

Penternakan kelulut semakin diminati ramai disebabkan harga madu yang tinggi dipasaran serta penternakan ini boleh diusahakan oleh semua lapisan masyarakat. Sekiranya anda berminat memulakan penternakan kelulut ini, kami menjemput anda untuk menghubungi kami segera.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Artikel ini boleh dikongsi dlm page media social anda juga. Sharing is Caring! anda akan membantu menyebarkan ilmu percuma ini kepada mereka yang lain.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top