Fakta Penternakan Kelulut

Ladang Kelulut Komersil

Fakta Penternakan Kelulut, apa yg perlu anda tahu?

Dewasa ini, penternakan kelulut semakin popular di kalangan warga Malaysia. Ini kerana ianya agak mudah diternak dengan kos permulaan yang agak rendah. Tetapi apakah yang anda perlu tahu sebelum mula membeli koloni kelulut untuk diternak dalam kawasan sendiri? Satu persoalan yang seringkali bermain di minda bakal penternakan. Sama ada untuk dijadikan sebagai hobi ataupun sebagai punca pendapatan tetap.

 

Fakta 1: Kawasan Ternak

Sebelum memulakan penternakan kelulut, anda perlulah memastikan lokasi ladang ternak anda secara detail kerana ia akan mempengaruhi skala penternakan anda. Adakah lading ternak anda berdekatan dengan hutan, lading kelapa sawit atau getah, pokok kelapa dan lain-lain lagi. Jenis pokok yang terdapat di kawasan sekitar akan mempengerahui sumber nectar dan pollen untuk kelulut anda. Untuk makluman anda, kelulut boleh terbang sehingga 1KM radius sahaja. Semakin dekat sumber makanan, makin sihatlah koloni kelulut anda. Adakah kawasan ternak anda hanya di kawasan taman perumahan? Sekiranya ia, anda bakal mengalami beberapa risiko aduan daripada jiran-jiran yang kurang mengetahui ilmu penternakan serta semburan nyamuk aedes. Kawasan ternak juga mestilah bebas daripada bencana alam seperti banjir dan kebakaran belukar.

 

Fakta 2 : Jenis Kelulut

Jenis kelulut yang biasa diternak adalah H. itama kerana kelulut jenis ini terdapat banyak di dalam hutan Malaysia. Ini bermakna bekalan untuk kelulut jenis ini adalah konsisten. Harganya juga berpatutan. Kelulut jenis ini memerlukan resin getah daripada semua pokok. Ianya sesuai diternak di kebanyakkan kawasan. Manakala Kelulut jenis sayap putih atau spesis Tetrigona, ianya sesuai diternak di kawasan yang mempunyai pokok jenis dipterocarp iaitu jenis pokok keras atau getah berdamar. Pokok jenis ini biasanya terdapat di dalam hutan sahaja. Maka pemilihan lokasi ladang ternak amat penting sebelum mula melaburkan wang dengan membeli sarang-sarang kelulut.

 

Fakta 3 : Sumber Air

Untuk makluman anda, kelulut juga memerlukan sumber air bersih yang mencukupi dalam kawasan ternak anda. Sekiranya kawasan anda tidak mempunyai sungai atau kolam air, sumber air hendaklah disediakan pada sebilangan masa terutamanya pada masa kemarau melanda daripada bulan May hingga August. Sumber air boleh diletakkan dalam tong2 air yang juga diletakkan ranting2 kering yang terapung dipermukaan bagi membolehkan kelulut hinggap untuk minum air.

 

Fakta 4 : Sumber Log Kelulut

Sumber koloni boleh dibeli secara terus daripada pembekal Log atau Koloni yang telah siap dipasang kotak Topping. Sebelum membeli, pembeli dikehendaki membuat pemeriksaan visual log yang hendak dibeli bagi mengelakkan membeli log yang telah dibelah dua oleh Hunter. Belilah dengan hunter atau pembekal yang dikenali dan diyakini. Sekiranya terdapat banyak maklumbalas dalam posting ini, saya akan menulis lagi berkenaa cara untuk mengenalpasti log yang produktif dan sihat. Sekarang terdapat pembekal yang menjual koloni kelulut menggunakan haif. Ianya semakin praktikal digunapakai kerana mudah untuk menguruskannya di ladang ternak.

 

Fakta 5 : Sumber Makanan

Selain daripada sumber Resin, kelulut memerlukan sumber nectar dan pollen bagi kelangsungan koloninya. Nectar yang dikumpulkan oleh kelulut menjadi sumber tenaga manakala pollen akan menjadi sumber protein. Terdapat perbezaan apa yang dinamakan Nektar dan Madu yang. Nektar adalah manisan yang dirembeskan oleh pokok menerusi Bunga dan celahan daun. Nectar juga dirembeskan oleh serangga spt spesis afid sebagai balasan kepada semut yang menjaganya. Nectar inilah yang akan dikumpulkan oleh kelulut yang disimpan dalam perutnya sebelum di bawa ke sarang. Kelulut akan menyerahkan nectar yang di bawa ini kepada beberapa ekor kelulut yang lain sebelum disimpan dalam kantung madu.

Manakala pollen adalah sari bunga jantan yang dikumpulkan oleh kelulut semasa mencari nectar di bunga. Sari bunga ini akan dikumpulkan di kaki belakang kelulut dan akan di bawa ke sarang. Sari bunga akan dimasukkan dalam kantung pollen sehingga penuh.

 

Fakta 6 : Asas Ilmu Penternakan Kelulut

Sebelum menceburi mana-mana bidang penternakan/pertanian, bakal penternak haruslah membuat kajian mendalam mengenai perkara ini dan seboleh-bolehnya diwajibkan mengikuti kursus penternakan kelulut yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri masing, Mardi, RISDA, FELDA, FELCRA, PELADANG, FAMA, Persatuan Kelulut Negeri serta syarikat persendirian. Pelajari ilmu asas penternakan secara mendalam dengan penternak yang telah lama berkecimpung dalam bidang penternakan kelulut ini. Banyak ilmu dan pengelaman penternakan yang bakal dikongsi terutamanya kesilapan yang telah dilakukan supaya kita tidak mengulanginya lagi.

 

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus atau merancang untuk memulakan penternakan lebah kelulut, boleh hubungi kami atau klik di link ini.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Share This
Scroll to Top