Madu Kelulut Tiruan? Bagaimana Nak Kenalpasti?

Persoalan yang seringkali timbul dalam minda apabila ingin membeli madu kelulut adalah, “Bagaimana kita ingin mengenalpasti produk madu Kelulut tiruan?”. Kajian daripada para penyelidik tempatan mendapai sekitar 70-80% madu yang dipasarkan di pasaran adalah terdiri daripada madu campuran dan madu tiruan.

Artikel Daripada Berita Harian “Tinjauan BH di Pasar Siti Khadijah, di sini, mendapati kebanyakan botol madu seperti tualang dan kelulut yang dijual di beberapa gerai adalah tanpa pelekat yang mempamerkan buatan dari mana dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Apakah yang dikatakan madu Kelulut tiruan? Madu Kelulut tiruan adalah madu yang dihasilkan menggunakan komponen gula (Gula Tebu, Gula Jagung) yang diperolehi masak dengan suhu tinggi menggunakan formula-formula yang telah dikenalpasti oleh pengusaha madu tiruan. Madu ini adalah 100% gula dan tidak mempunyai nilai-nilai kesihatan yang diperlukan oleh manusia. Malahan ia bersifat merosakkan disebabkan kandungan gula yang tinggi.

Apakah yang dikatakan Madu Campuran? Madu Campuran adalah terdiri daripada madu tiruan yang dicampurkan dengan madu asli bagi memberikan lebih tekstur, rasa dan ciri-ciri kimia yang diperlukan untuk mengelirukan para pelanggan dan penyelidik madu asli.

Apakah yang dikatakan Madu Asli? Madu Asli adalah madu yang dihasilkan oleh Lebah Madu dan Lebah Kelulut secara semula jadi di habitatnya. Lebah Kelulut mengambil sumber nektar daripada sari bunga dan pokok-pokok yang menghasilkan nectar tanpa bunga, yang diproses dalam perut lebat dengan mencampurkan element-element kimia lain sebelum diluahkan dan disimpan dalam kantung-kantung madu dalam tempoh tertentu.

Perbezaan Antara Madu Kelulut Asli dengan Madu Kelulut Tiruan:

Madu Asli :

  1. Madu Kelulut Asli dihasilkan oleh Lebah Kelulut dan pengeluaran terhad mengikut musim
  2. Madu Kelulut Asli mempunyai aroma madu yang berbeza mengikut musim dan sumber nektar.
  3. Madu Kelulut Asli mengandungi partikel-partikel halus Lilin Lebah, Polen dan Propolis
  4. Madu Kelulut Asli sedia ada manis dan tidak memerlukan bahan pemanis tambahan
  5. Madu Kelulut  Asli secara semula jadi akan mengkristal pada suhu tertentu
  6. Madu Kelulut Asli mempunyai nilai kesihatan yang tinggi
  7. Madu Kelulut Asli mempunyai rasa masam-masam manis secara amnya dan rasanya berubah-ubah mengikut musim dan sumber nektar

Madu Kelulut Tiruan :

  1. Madu Tiruan dihasilkan dikilang secara besar-besaran dan konsisten pada sepanjang masa,
  2. Madu Tiruan tidak mempunyai bau dan kadangkala berbau masam.
  3. Madu Tiruan tidak mengandungi partikel lilin lebah, pollen dan propolis.
  4. Madu Tiruan mengandungi 100% gula tebu, beet atau jagung.
  5. Madu Tiruan tidak akan mengkristal
  6. Madu Tiruan tidak mempunyai nilai kesihatan malahan bersifat racun.

Madu Kelulut Asli dan Organik Daripada MaduPlus

Jika anda khuatir tertipu dengan pengusaha dan peniaga yang tidak bertanggung jawab menjual madu kelulut tiruan, kami di MaduPlus mampu membantu anda. Kami di MaduPlus menyediakan pelbagai produk madu kelulut yang asli dan organik yang dikeluarkan oleh ladang ternakan dan unit pemprosesan madu kelulut kami sendiri. Layari laman produk kami untuk melihat beberapa produk madu kelulut yang kami sediakan kepada pelanggan di MaduPlus Mart sekarang.

Share This