Taman Agroteknologi MARDI Cherating

Taman Agroteknologi MARDI Cherating

Taman Agroteknologi MARDI

Taman Agroteknologi MARDI Cherating telah menjalani penjenamaan semula daripada Stesen Mardi Baging selari dengan penstrukturan semula Industri Pertanian seperti yang diumumkan dalam Budget 2014. Buat masa kini, proses pembinaan bangunan utama dan gerai-gerai sedang giat dijalankan serta dijangka selesai dalam bulan April ini. Apabila selesai Taman ini akan dijadikan pusat promosi teknologi pertanian sama seperti Stesen MARDI di Cameron Highland.

Berikut adalah petikan daripada BERNAMA berkenaan penternakan lebah kelulut di sini.

Taman Agroteknologi MARDI Cherating

Taman ini merupakan pusat kajian penternakan kambing dropper di Malaysia. Ia juga menempatkan pelbagai tanaman lain yang dijadikan kajian seperti Kelapa Pandan, Belimbing, Ciku, Gajus dan lain-lain lagi. Syarikat baru menempatkan 10 koloni Lebah Kelulut di ladang ini sebagai percubaan. Jangkaan sehingga 50 koloni akan ditempatkan dilokasi ini kerana mempunyai sumber makanan Nektar dan Pollen yang mencukupi.

MARDI ialah singkatan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia memberi sokongan penuh dan bekerjasama dengan penternak lebah kelulut untuk memajukan lagi industri madu lebah kelulut ini.

Share This