Taman Agroteknologi MARDI Cherating

Taman Agroteknologi MARDI Cherating

Taman Agroteknologi MARDI

Taman Agroteknologi MARDI Cherating telah menjalani penjenamaan semula daripada Stesen Mardi Baging selari dengan penstrukturan semula Industri Pertanian seperti yang diumumkan dalam Budget 2014. Buat masa kini, proses pembinaan bangunan utama dan gerai-gerai sedang giat dijalankan serta dijangka selesai dalam bulan April ini. Apabila selesai Taman ini akan dijadikan pusat promosi teknologi pertanian sama seperti Stesen MARDI di Cameron Highland.

Berikut adalah petikan daripada BERNAMA berkenaan penternakan lebah kelulut di sini.

Taman Agroteknologi MARDI Cherating

Taman ini merupakan pusat kajian penternakan kambing dropper di Malaysia. Ia juga menempatkan pelbagai tanaman lain yang dijadikan kajian seperti Kelapa Pandan, Belimbing, Ciku, Gajus dan lain-lain lagi. Syarikat baru menempatkan 10 koloni Lebah Kelulut di ladang ini sebagai percubaan. Jangkaan sehingga 50 koloni akan ditempatkan dilokasi ini kerana mempunyai sumber makanan Nektar dan Pollen yang mencukupi.

MARDI ialah singkatan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia memberi sokongan penuh dan bekerjasama dengan penternak lebah kelulut untuk memajukan lagi industri madu lebah kelulut ini.

Sumber Makanan Lebah Kelulut

Sumber Makanan Lebah Kelulut

Makanan Lebah Kelulut

Koloni lebah kelulut

Lebah kelulut akan menghasilkan madu yang sangat istimewa jika kita membekalkan mereka makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan bunga yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Walaupun lebah kelulut mengutip semua madu daripada bunga-bungaan sebagai makanan yang ada di sekitar koloni mereka, kita hendaklah sentiasa memastikan bekalan tersebut tidak terputus akibat musim berbunga tanam-tanaman.

Makanan Kegemaran Lebah Kelulut

Berikut adalah beberapa pokok yang menjadi makanan kegemaran lebah kelulut dan dikenalpasti memberikan hasil madu lebah yang sangat baik. Antara ciri-ciri pokok-pokok ini menjadi sumber makanan lebah kelulut yang bagus ialah kerana saiz, bentuk bunga berkelompok dan juga kebolehan untuk berbunga sepanjang tahun. Ini memberi bekalan sumebr makanan kepada koloni lebah kelulut anda sepanjang tahun. Berikut adalah pokok-pokok tersebut:

  • Pokok Akasia
  • Pokok Belimbing Madu
  • Pokok Gelam

Honey Plus Reources tidak hanya membekalkan koloni Lebah Kelulut. Kami juga memberikan khidmat nasihat sebelum projek dijalankan dengan membuat kajian kesesuaian terlebih dahulu termasuklah makanan koloni lebah kelulut anda. Kajian sumber makanan lebah kelulut amat penting sebelum mana-mana projek ternakan lebah kelulut dilaksanakan.

Makanan lebah kelulut - Anak pokok bunga tanpa musim pelbagai jenis yang dibekalkan oleh MaduPlus

Sekiranya tapak cadangan mengandungi tanaman bermusim, bakal penternak diminta menanam pokok-pokok makanan lebah kelulut yang berbunga secara tidak bermusim. Untuk itu, syarikat menawarkan membekalkan pokok-pokok berikut:-

  1. – Bunga Air Mata Pengantin (Honolulu Crepe)
  2. – Pokok Bunga Biden Pilosa
  3. – Pokok Ulam Raja
  4. – Pokok Selasih (Basil)
  5. – Pokok Bunga Pukul 8 atau Bunga Lidah Kuching (Tunera Sabulata)

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan yang menjadi sumber makananlebah kelulut, harap boleh menghubungi kami untuk sebarang perbincangan dan panduan.

Share This